Popular Posts

Thursday, 9 October 2014

RESIPI HIDUP

Berkongsi manfaat suka membaca...

Saya memang suka membaca Majalah Wanita sejak di bangku sekolah lg....Tips2,nasihat & ilmu selain resipi masakan yg dikogsi bersama para pembaca memang sgt bermanfaat.

Bergaduh tapi jangan tak bercakap..


Tanyakan saja kepada pasangan yang kekal bertahan berpuluh tahun hingga kini,pernah tak wujud perselisihan faham atau pertengkaran?Jawapannya,pasti ada.Ini kerana perkahwinan adalah hubungan yang wujud antara dua orang manusia bernama lelaki dan wanita yang secara fitrahnya mempunyai perbezaan sikap,sifat dan keperibadian yang tersendiri.

Perbezaan bukan bererti tidak sesuai atau tidak serasi.Pergaduhan atau pertengkaran juga bukan tanda tidak serasi hidup bersama.

Diceritakan daripada hadis Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya yang bermaksud:"Aku tahu masa anda redha dan marah kepadaku."
"Bagaimana anda mengetahuinya wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:"Jika anda senang denganku,anda akan berkata;tidak demi Rabb Muhammad.Sementara jika anda marah terhadapku,anda akan mengatakan;tidak demi Rabb Ibrahim.

Aisyah r.a berkata;Tepat wahai Rasulullah.Demi Allah,namun aku tidak mendiamkanku (ketika aku marah) kecuali tidak menyebut namamu."- hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis ini menunjukkan tiada dosa seorang isteri jika marah kepada suaminya disebabkan faktor perselisihan yang biasa terjadi dalam kehidupan seharian dan kehidupan rumahtangga.

Indahnya Islam...kita patut teladani cara Aisyah menunjukkan protes kepada Rasulullah. Walaupun dia rasa tidak puas hati dengan Rasulullah,dia tetap melayan,menghormati dan tetap bersopan terhadap Rasulullah.

Sesuai dengan fitrah kejadian wanita bak tulang yang bengkok,dibiarkan akan kekal bengkok,dipaksa lurus akan segera patah.Jalan tebaik,memujuk dengan sabar dan berhikmah.



Dalam kehidupan rumahtanggan,jika masing-masing berkeras hati,enggan mengakui kesilapan diri dan berterusan tidak bercakap sesama sendiri,masalah tidak akan selesai dan mungkin akan wujud masalah baru pula.



Jangan hanya mengharapkan detik manis dalam kebahgiaan semata.Kajian menunjukkan kesilapan paling utama yang wujud dalam rumahtangga ialah kegagalan pasangan suami isteri untuk bergaduh secara selamat.

Tuesday, 7 October 2014

Pulut Kuning

Tradisi Turun Temurun: Pulut Kuning


Pulut Kuning adalah makanan wajib ada dari majlis merisik hinggalah kenduri kahwin. Pulut Kuning jg dipanngil Pulut Semangat oleh org Kelantan mmg terkenal sbg adat nenek moyang yg xboleh ditinggalkan jika ada majlis2 penting. 

Pulut kuning yang dijadikan hantaran bersama bunga telur memang xasing lg jika anda menghadiri majlis nikah kahwin di Kelantan. 

Kini,walaupun dunia semakin canggih,tradisi pulut kuning aka pulut semangat masih kekal sebagai adat.Keenakan pulut kuning lebih-lebih lagi yg dikukus memang xdpt disangkalkan lagi.

Inovasi terbaru,pulut kuning kini dijadikan sebagai 'doorgift' untuk sebarang majlis & juga mula dibuat mengikut warna pilihan pelanggan.Dihidang bersama serunding ayam,daging @ ikan,memang terangkat!!




Saya nk buat pengakuan di sini.....ye kengkawan...sy xbpe pandai masak pulut kuning ni walaupun feveret sy mkn pulut kuning dgn rendang ayam....kikiki......

Tapi ma saya memang pro..sehinggakan die mula mengambil tempahan sekitar Kota Bharu,promosi dr mulut ke mulut....ajaibnya...tanpa teknologi pon,tempahan sentiasa ade...Syukur!!


Selain menerima tempahan utk hantaran,die juga menerima tempahan pulut kuning utk dijadikan sbg doorgift..saiz??bergantung pd budget anda....!! Kami menyediakan pulut kuning + serunding ayam/daging/ikan bersama pulut kuning anda....

Harga bermula RM4 sebekas,memang berbaloi utk tetamu kehormat anda!!

Untuk Tempahan,boleh hubungi saya (Mala):0176516265...Whatsup pon boley.....

AREA KOTA BHARU,KUBANG KERIAN,BINJAI & SEKITAR SHJ ye......

Nyummm nyummm........