Berkongsi manfaat suka membaca...
Saya memang suka membaca Majalah Wanita sejak di bangku sekolah lg....Tips2,nasihat & ilmu selain resipi masakan yg dikogsi bersama para pembaca memang sgt bermanfaat.Bergaduh tapi jangan tak bercakap..
Tanyakan saja kepada pasangan yang kekal bertahan berpuluh tahun hingga kini,pernah tak wujud perselisihan faham atau pertengkaran?Jawapannya,pasti ada.Ini kerana perkahwinan adalah hubungan yang wujud antara dua orang manusia bernama lelaki dan wanita yang secara fitrahnya mempunyai perbezaan sikap,sifat dan keperibadian yang tersendiri.
Perbezaan bukan bererti tidak sesuai atau tidak serasi.Pergaduhan atau pertengkaran juga bukan tanda tidak serasi hidup bersama.
Diceritakan daripada hadis Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya yang bermaksud:"Aku tahu masa anda redha dan marah kepadaku."
"Bagaimana anda mengetahuinya wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:"Jika anda senang denganku,anda akan berkata;tidak demi Rabb Muhammad.Sementara jika anda marah terhadapku,anda akan mengatakan;tidak demi Rabb Ibrahim.
Aisyah r.a berkata;Tepat wahai Rasulullah.Demi Allah,namun aku tidak mendiamkanku (ketika aku marah) kecuali tidak menyebut namamu."- hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis ini menunjukkan tiada dosa seorang isteri jika marah kepada suaminya disebabkan faktor perselisihan yang biasa terjadi dalam kehidupan seharian dan kehidupan rumahtangga.
Indahnya Islam...kita patut teladani cara Aisyah menunjukkan protes kepada Rasulullah. Walaupun dia rasa tidak puas hati dengan Rasulullah,dia tetap melayan,menghormati dan tetap bersopan terhadap Rasulullah.
Sesuai dengan fitrah kejadian wanita bak tulang yang bengkok,dibiarkan akan kekal bengkok,dipaksa lurus akan segera patah.Jalan tebaik,memujuk dengan sabar dan berhikmah.
Dalam kehidupan rumahtanggan,jika masing-masing berkeras hati,enggan mengakui kesilapan diri dan berterusan tidak bercakap sesama sendiri,masalah tidak akan selesai dan mungkin akan wujud masalah baru pula.
Jangan hanya mengharapkan detik manis dalam kebahgiaan semata.Kajian menunjukkan kesilapan paling utama yang wujud dalam rumahtangga ialah kegagalan pasangan suami isteri untuk bergaduh secara selamat.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment